About Me

My Photo
♥eida♥
i love myself.. i love my family like crazy.. i love mf frenz absolutely..
View my complete profile

Sunday, August 1, 2010

Stacy dikasari Agnes Monica

Stacy dengarnya dikasari oleh Agnes Monica pada 9 may yang lalu semasa diajak bergambar bersama.. Apa sudah jadi dengan artis popular Indonesia ni… Dah budget popular sangat ke?… Stacy sendiri mengakui yang dia sendiri berasa sedikit tersinggung dan kecewa dengan apa yang sudah berlaku pada masa itu… Dengan beranggapan yang Agnes Monica kepenatan stacy dengan rendah dirinya sedia memaafkan artis Indonesia itu.. Jom kita baca apa kata Stacy sendiri mengenai hal ini…

“Awalnya, saya perhatikan karakter Agnes begitu ceria. Namun, tidak lama kemudian, saya terdengar wakil penganjur Minggu Setiausaha memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar bersamanya, selain sidang media yang harus dihadirinya. Mungkin dia masih keletihan, saya dapat lihat berlaku perselisihan faham antara Agnes dan wakil penganjur… dia macam marah, tapi saya tak pasti mengapa?

“Namun, sempat jugalah saya mendengar Agnes meninggikan suaranya terhadap wakil penganjur – ‘You raised your voice to me and my management!’. Sebelum itu ketika wakil penganjur memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar dengannya, saya dengar dia cakap begini – ‘Who is this girl?’ Saya terkejut! Saya sangka dia dah sedia maklum mengenai fotografi berkenaan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

“Namun, Agnes bergambar dengan saya ketika dia masih marah dengan wakil penganjur. Apabila dia berdiri bersebelahan saya, saya dapat rasakan tangannya agak kuat menarik badan saya. Saya terkejut! Tapi, saya tidak menyalahkan diri beliau kerana emosinya masih tidak tenteram ketika itu dan saya pula datang bertemunya pada masa yang tidak sesuai.

“Mungkin dia tidak berniat mengasari saya, saya harus terima kenyataan itu dan memaafkannya. Apabila bergambar pula, Agnes tidak mahu menunggu lama di depan jurukamera, baru dua, tiga snap, dia sudah beredar. Saya benar-benar kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku pada sesi fotografi itu, tak sangka dia bersikap begitu, tapi tak mengapalah, sekali lagi saya memaafkannya.”

0 gedik - gedik: