About Me

My Photo
♥eida♥
i love myself.. i love my family like crazy.. i love mf frenz absolutely..
View my complete profile

Friday, July 22, 2011

Keburukan Minuman Berais



Keburukan Minum Ais Untuk Manusia :
  • Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.
  • Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.
  • Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.


Kebaikan Minum Ais Untuk Manusia :

  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan 

Monday, July 18, 2011


Fakta Tentang Kentut...
Kentut. Salah satu aktiviti yang bagus dan memberikan kenikmatan yang tak terhingga. Semua orang kentut kan? Ke ada yang tak? Tak normal la tu. Usus terputus mungkin. Hari2 aku sntiasa penuh dgn kentut.. Nak tau sbb pe? Sbb mmber2 akuni jnis kuat kentut.. Lepas tu terpikir la cam best je kalau tulis fakta tentang kentut nih. Aku pun termenung la beberapa saat n cari fakta tentang kentut..

1) Halaju kentut
Aku tak pasti berapa halaju kentut kite. Tapi yang pasti, semakin “besar” kentut, semakin banyak gas. Maka, momentum semakin besar. Maka, laju la kentut itu. Kalau dalam eksperimen, pembolehubah yang dimalarkan mungkin kelajuan dan ketumpatan udara di sekeliling.
2) Malu berkentut?
Kebanyakan orang malu berkentut di khalayak ramai. Tapi percaya atau tidak, orang yang berkentut di khalayak ramai merupakan seorang yang berani, mempunyai jati diri yang tinggi dan yakin terhadap apa yang dia lakukan.
3) Kentut dan ulat gonggok
Dua-dua takde kaitan.
4) Apa akan jadi kalau kita tahan kentut?
Ada orang yang menahan kentut dia. Banyak sebab. Time tu dia dok dalam LRT yang penuh dengan manusia, tengah borak dengan mak mertua, dan bla3. So, apa kesannya? Gas yang tak jadi nak keluar tu akan masuk balik dalam usus. Tu la kesan dia. Kesan lain mana la aku tau.
5) Batal wudhuk kalau berkentut
Ini fakta. Ingat tu ye. Kalau berkentut, pegi ambik wudhuk balik.
6) Seni kentut
Kentut merangkumi banyak bunyi dan tempoh masa. Nyaring dan tempoh masa lama., bunyi “besar” dan sekejap je tempoh masa, dan macam2 lagi.
7) Bom kentut
Kalau korang search, memang ada orang buat. Dia guna telur. Caranya, tebuk lubang kecik kat telur tu. Pastikan jangan bagi keluar isi kat dalam tuh. Pastu peram jauh dari cahaya matahari sampai la jadi busuk. Dan korang boleh la baling kat roomate korang masa dia tengah tido. Amat sesuai untuk buat prank besday.
8) Kentut dan gelak tawa
Cuba korang ajak kawan2 korang kumpul ramai2 dalam bilik. Pastu duduk dalam bentuk bulatan. Suruh semua orang diam. Bila semua dah diam, korang lepas la kentut sepuas hati korang. Sama ada semua akan gelak besar, atau korang yang gelak sorang2 sebelum dibelasah.
9) Jangan kentut masa tengah makan
Makanan yang paling sedap di dunia pun akan jadi tak sedap kalau makan sambil hidu kentut.
10) Tom Cruise
Sehensem Tom Cruise pun, dia kentut jugak…

Saturday, July 16, 2011


Kenapa wanita memerlukan Internet

Golongan wanita yang sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya apabila ingin mengetahui sesuatu maklumat pasti mahu mendapatkannya dengan cepat dan tepat.
Jadi sebahagian besar wanita moden hari ini banyak bergantung kepada Internet bagi memperoleh apa yang diingini.
Namun, masih ada yang ragu-ragu tentang ‘kebolehan’ Internet dalam membantu memudahkan hidup mereka. Bagi golongan ini, berikut 10 perkara boleh dilakukan di Internet yang dapat memudahkan hidup mereka.
Idea mencari hadiah:
Mencari hadiah yang sesuai kadang kala menimbulkan dilema. Namun, kini terdapat banyak laman web yang boleh dilawati untuk mendapatkan idea bagi mencari hadiah untuk diberi kepada mereka yang disayangi. Di sini anda dapat melihat apa yang popular untuk kanak-kanak dan apa yang terkini untuk remaja atau golongan dewasa. Cuba layari findgift.com dalam pencarian anda itu.

Membandingkan harga:
Dengan melayari Internet anda akan temui beberapa kedai berbeza yang menawarkan produk yang anda inginkan. Bagaimanapun, anda tentu tidak tahu siapa yang menawarkan paling murah. Anda mungkin boleh menghubungi kedai paling dekat (anggap harga mereka bukan yang termurah) dan beritahu mereka di kedai lain yang menjual barang sama pada hari lebih rendah. Kedai yang anda hubungi itu mungkin bersedia untuk memberi harga yang sama dan anda bukan saja dapat menjimatkan belanja malah masa dan duit minyak kerana tidak perlu pergi kedai yang lebih jauh.


Kupon atau baucer:
Sesetengah pengeluar produk sekarang menawarkan kupon di laman web mereka untuk di cetak dan digunakan bagi pembelian secara online. Cuba cari jenama yang anda sukai dengan menaip perkataan kupon untuk melihat apa yang mereka tawarkan.



Maklumat perubatan:
Anggaplah anda bukan dalam situasi kecemasan, Internet mungkin dapat membantu anda mendapat idea tentang kemungkinan masalah kesihatan yang anda hadapi. Sesetengah laman web kesihatan mengaitkan simptom dengan kemungkinan penyakit yang dihidapi dan juga memberi saranan tentang rawatannya. Begitupun ini sekadar cadangan dan anda masih disarankan untuk bertemu doktor.

Mencantikkan kediaman:
Laman web lakukan sendiri (Do-it-yourself) tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Ia mengajar kemahiran seperti mengecat rumah, membina laci, membetulkan singki atau mereka taman. Zaman menelefon dan bertanya kepada profesional tentang tips dan pandu sudah berlalu, sebaliknya hanya taip nama projek yang ingin dibuat bersama perkataan ‘How to’ di hadapannya dan anda akan memperoleh segala maklumat tentang cara membuatnya.

Penyelidikan:
Sama ada anda merlukan maklumat untuk kerja rumah anak atau untuk anda sendiri, gunakan enjin carian paling berkuasa ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Mencari buku, definisi perkataan, tarikh, kajian dan tarikh-tarikh bersejarah adalah cukup mudah. Jika anda masih tidak memperolehnya, anda hanya perlu mencari nombor talian perpustakaan online bagi mendapat bantuan mereka.

Mempelajari kemahiran baru:
Adakah anda sudah bersedia untuk menambah kemahiran baru dalam resume? Bagaimana pula belajar menulis resume yang lebih baik?. Belajar bahasa kedua, skil menaip lebih pantas atau mendapatkan resipi baru, segalanya boleh dilakukan melalui Internet.

Membayar bil:
Masa adalah emas. Membayar bil dan urusan perbankan lebih cepat dan menjimatkan masa melalui Internet.

Perbandingan produk:
Mahu membandingkan dua produk yang hampir sama? Lakukan carian di Internet bagi setiap produk dan dapatkan segala maklumat terperinci mengenainya tanpa perlu keluar rumah atau pergi dari satu kedai ke satu kedai. Buat senarai pro dan kontra dan anda akan temui yang terbaik.

Menjual produk:
Memulakan perniagaan dan mendapatkan pekerjaan melalui Internet. Bagaimanapun berhati-hati penipuan yang menawarkan pendapatan lumayan dengan cara mudah. Buat penyelidikan dulu sebelum memulakan langkah memilih sebarang idea meraih wang dari rumah. Lebih elok jika anda memulakan perniagaan tulen menjual produk atau perkhidmatan melalui Internet.



Contest : "Makanan Kegemaranku" by Cik Kia



i love to makan2 


ASAM PEDAS !!!!
sbb kena dgn selera n tekak !
masam2 n pdas2 !
pas2 ble tgokje kmpor meeenggiiiiiuuurrrkn ...
OMG !!!!

Nak tag :

http://sungoriyoung.blogspot.com/

Tarikh tutup : 6 Ogos 2011