About Me

My Photo
♥eida♥
i love myself.. i love my family like crazy.. i love mf frenz absolutely..
View my complete profile

Sunday, August 1, 2010

Anne Ngasri sah bergelar janda


Agak sedih juga kita dengar berita penceraian artis-artis kita ni.. terbaru Anne Ngasri telahpun sah bergelar seorang janda muda selepas dia diceraikan dengan talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.. Terkejut juga kami dengar talak tiga, ingatkan talak satu jer.. Dengarnya Abdul Wafi Hassan sebelum ini pernah menceraikan Anne Ngasri sebanyak tiga kali..

Kali pertama semasa Wafi melafazkan cerai taklik kepada Anne pada awal Julai tahun lalu dengan lafaz ‘kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau’.

Kali kedua pula semasa Wafi melafazkan cerai ‘aku ceraikan engkau’ kepada Anne pada pertengahan julai tahun lalu.

Kali ketiga pula semasa Wafi melafazkan cerai ‘aku ceraikan kau Anne’ pada 25 mac 2010 yang lalu dalam keadaan Anne Ngasri yang sedang mengandung anak ketiga mereka yang berusia 2 bulan.

Kini mereka berdua telahpun sah bercerai dengan talak tiga, Anne kini sedang menjalani tempoh edah sehingga anak yang dikandungkanya dilahirkan..

Anne Ngasri dan Abdul Wafi hanya mampu bertahan hampir 4 tahun sahaja dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang lagi coming soon…

0 gedik - gedik: