About Me

My Photo
♥eida♥
i love myself.. i love my family like crazy.. i love mf frenz absolutely..
View my complete profile

Sunday, August 1, 2010

kAhkahkah,,,

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa… .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue… maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot… mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie… takde kuasa aku nak tau… baik aku cerita pasal aku..tak gitu…

Dan untuk pengetahuan kau… seperti yg kau lihat… dan sememangnya tidak dinafikan lagi… aku dilahirkan sehensem-hensem umat… kerana itulah jugak… berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang… .siap ada listing lagik… tapi ada satu bende yang sedih… .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku… aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku… dier le awek aku yg paling last… .muktamad dah nie… surat menyurat takkan dilayan… ..kalo intan tinggalkan aku… .cam awek awek aku yg dulu… sumpah aku tak nak kahwin…

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping… Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris… macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver… takkan takde kete… bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je… tak syok la naik moto… rambut berserabut lar… muka cair lar… kain terselak lar… malu nanti orang tengok lar… tak buleh nak seksi lar…

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku… sure itulah kali last aku akan jumpa Intan… Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus… berdesing telinga aku … aku cakap kat dier… .baiklah… .esok aku akan datang naik kete besar… jauh lagi besar dari kete mesedis… . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan…

Intan terus menghaibkan diri… ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer… … . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku… or bakal awek aku…

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie… .satu hari nanti…

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie… ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak…

jawapan kpd soalan licik…

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

0 gedik - gedik: