About Me

My Photo
♥eida♥
i love myself.. i love my family like crazy.. i love mf frenz absolutely..
View my complete profile

Sunday, August 1, 2010

Anne Ngasri buka tudung atas mencari rezeki


Anne Ngasri yang sudahpun berumah tangga dan memakai tudung sejak pulang dari menunaikan umrah kini terpaksa membuka tudung atas alasan untuk mencari rezeki.. apa ni..? Anne Ngasri yang juga ibu kepada dua orang anak menganggap dirinya sudah sampai seru untuk berubah, tapi kata dia, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan…

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.

“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,”

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.

“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.

“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” kata Anne Ngasri..

- apa yang kami boleh katakan, terpulang lah kepada Anne Ngasri, kami harap rezeki Anne Ngasri bakal bertambah-tambah.. jangan lepas ni jual tubuh atas niat mencari rezeki sudah la..

0 gedik - gedik: